Sejarah awal Akhil Hayy Rawa

Pembabitan Ustaz Akhil dalam bidang muzik bermula semasa beliau di tingkatan tiga lagi dan pada ketika itu beliau sudah menjadi penyanyi di majlis kenduri orang kahwin. Pada tahun 1988 beliau menyertai pertandingan Konsert Box Office bersama rakan kumpulan D'Riyadh yang lain {ajuran Ali Bakar dan mereka telah berjaya muncul sebagai juara dengan mengalahkan 113 buah kumpulan rock yang lain di Malaysia. Bermula pada ketika itulah beliau terus aktif sebagai penyanyi. Dari tahun 1986 hingga 1990 beliau aktif sepenuhnya di persada muzik dan telah menghasilkan tiga buah album. Di atara lagu beliau yang mendapat tempat dihati peminat ketika itu ialah lagu "Melodi Cinta Lama" dan "Hanya Ketenangan".